Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.
Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer,
kerana kedua-dua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu
bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang
turut diperkatakan ialah "saling sambungan" (interconnection).
Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi
sistem yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan
oleh ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan
sistem tersebut.
Pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor
sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC.
Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view)
sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu
sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai
pandangan luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi
sistem komputer yang lebih besar.
"Pandangan luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang
bermakna ia mempunyai satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang
perlu dipatuhi sesuatu program atau peranti. Badan antarabangsa seperti
Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (IEEE)
biasanya menghasilkan atau mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika
sesuatu sistem mengikut segala peraturan tersebut, ia dikatakan
"mematuhi" piawaian tersebut.
Organisasi sistem komputer merupakan cara sesuatu ciri itu
dilaksanakan. Ia melihat bagaimana pereka sistem menggambarkan maklumat
kepada CPU, ingatan utama dan






0 komentar:
Posting Komentar